1. Program Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS)
Soalan: Apakah maksud program Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) ?
Jawapan: Program tabungan khas bagi anak yang lahir di Selangor. Dibuka bagi kelahiran 2008-2018 mengikut terma & syarat pada ketika itu. Ahli akan menerima RM 1,500 apabila mencapai umur 18 tahun.
2. Penamatan Program TAWAS
Soalan: Mengapakah program TAWAS ditamatkan?
Jawapan: Ini adalah sebahagian daripada penjajaran program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) oleh Kerajaan Negeri Selangor.
3. Pendaftaran Baru TAWAS
Soalan: Adakah akan ada pembukaan semula pendaftaran TAWAS pada masa akan datang?
Jawapan: Tiada buat masa ini.
4. Rayuan Permohonan Program TAWAS
Soalan: Adakah proses rayuan disediakan sekiranya permohonan gagal?
Jawapan: Tiada proses rayuan disediakan buat masa ini.
5. Status Ahli Sedia Ada
Soalan: Jika permohonan telah diluluskan, adakah program masih diteruskan?
Jawapan: Ya. Program diteruskan sehingga tempoh matang simpanan seperti yang ditetapkan.
6. Tempoh Pengambilan Kad Simanja TAWAS
Soalan: Adakah ada tempoh masa untuk pengambilan kad simanja?
Jawapan: Tiada tempoh masa ditetapkan.
7. Lokasi Pengambilan Kad
Soalan: Dimanakah kad simanja boleh diambil?
Jawapan: Pejabat YAWAS Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor, Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7, Persiaran Kayangan, 40000 Shah Alam, Selangor.
8. Kegunaan Kad Simanja
Soalan: Apakah manfaat kad simanja?
Jawapan: Sebagai rujukan keahlian dan digunakan dalam program-program anjuran YAWAS
9. Penghantaran Kad ke Rumah
Soalan: Adakah kad TAWAS dihantar melalui pos?
Jawapan: Tidak. Perkhidmatan pos dihentikan kerana kerap berlaku kehilangan dan kerosakan.
10. Kad Hilang atau Rosak
Soalan: Bagaimana jika kad hilang atau rosak?
Jawapan: Boleh dapatkan semula di Pejabat YAWAS. Bayaran RM10 dikenakan bagi kes kecuaian/kehilangan kad.
11. Kegunaan Penyata Simpanan TAWAS
Soalan: Apakah kegunaannya penyata simpanan TAWAS?
Jawapan: Sebagai rujukan simpanan dan proses tuntutan RM1,500.
12. Cara Mendapatkan Penyata Simpanan TAWAS
Soalan: Bagaimanakah cara mendapatkan Penyata Simpanan TAWAS?
Jawapan: Penyata Simpanan TAWAS kini boleh dimuat turun melalui laman sesawang berikut : tawas.yawas.my
13. Penutupan Akaun AmBank
Soalan: Apakah status bagi ibubapa/penjaga yang masih tidak menutup akaun Sijil Simpanan Tetap TAWAS AmBank (SST TAWAS Ambank) ?
Jawapan: Kelewatan menutup akaun Sijil Simpanan Tetap TAWAS AmBank (SST TAWAS Ambank) akan memberi kesan kepada pembayaran ahli TAWAS apabila berumur 18 tahun, iaitu RM 1,400 dibayar oleh pihak YAWAS manakala RM 100 perlu dituntut di AmBank.
14. Program Bantuan Masuk Sekolah (PBMS) TAWAS
Soalan: Apakah Program Bantuan Masuk Sekolah (PBMS) TAWAS?
Jawapan: Bantuan khas untuk ahli TAWAS sahaja yang menduduki darjah 1 berbentuk set bag sekolah & alat tulis.
15. Pelaksanaan Program Bantuan Masuk Sekolah (PBMS)
Soalan: Bilakah Program Bantuan Masuk Sekolah (PBMS) bermula?
Jawapan: Penghujung tahun sebelum sesi persekolahan. Diberi kepada Ahli TAWAS yang menduduki darjah 1 sahaja dan pengambilan di Pusat Khidmat DUN berdekatan.
16. Jika Terlepas Sesi Serahan PBMS TAWAS
Soalan: Adakah saya masih boleh tuntut PBMS TAWAS sekiranya belum menuntut sebelum ini?
Jawapan: Tidak boleh. Sesi serahan PBMS TAWAS telah tamat pada 28 Mac 2025.
17. Kemaskini Maklumat Ahli TAWAS
Soalan: Bagaimana untuk mengemaskini maklumat ahli?
Jawapan: Melalui telefon Pejabat YAWAS atau portal: tawas.yawas.com.my
• Nombor Telefon
• Alamat Terkini
• Emel
18. Cara Menghubungi Khidmat Pelanggan YAWAS Bagi Persoalan Program TAWAS
Soalan: Bagaimana cara menghubungi khidmat pelanggan YAWAS?
Jawapan: Ibubapa/penjaga boleh menghubungi di talian 03-5481 8800 pada hari bekerja sahaja.
19. Cara Mendapatkan Info Program TAWAS
Soalan: Bagaimana cara mendapatkan info Program TAWAS?
Jawapan: Info lanjut Program TAWAS boleh didapati melalui:
• Laman sesawang Yayasan Warisan Anak Selangor;
• Media sosial Yayasan Warisan Anak Selangor atau SiManja TAWAS;
• Pusat Khidmat DUN Selangor;
• Media Selangor atau media massa.
TUNTUTAN BAYARAN AHLI TAWAS
1. Tuntutan RM1,500 Bagi Ahli TAWAS
Soalan: Bagaimana membuat tuntutan apabila ahli TAWAS mencapai umur 18 tahun?
Jawapan: Tuntutan pembayaran boleh dilakukan secara dalam talian www.tawas.yawas.com.my atau aplikasi YAWAS.
2. Kaedah Pembayaran Bagi Ahli TAWAS
Soalan: Bagaimana bayaran dilakukan apabila ahli TAWAS mencapai umur 18 tahun?
Jawapan:
1-Pindahan wang elektronik (EFT); atau
2-E-wallet/E-Dompet (TNG e-Wallet)
Nota: Ahli TAWAS perlu membuka akaun bank atau akaun E-wallet bagi proses pembayaran ahli TAWAS ketika berumur 18 tahun.
3. "Electronic Funds Transfer-EFT"
Soalan: Apakah maksud Pindahan wang elektronik-EFT?
Jawapan: Pindahan Wang Elektronik (EFT) adalah pemindahan dana secara elektronik antara akaun bank, tanpa menggunakan wang tunai fizikal.
4. Akaun Bank Bagi Pembayaran Ahli TAWAS
Soalan: Bolehkah penyaluran RM 1,500 TAWAS dibayar kepada akaun ibu atau bapa ahli?
Jawapan: Tidak. Pembayaran hanya dibuat terus kepada akaun bank/e-wallet ahli TAWAS sahaja.
5. Jadual Pembayaran Ahli TAWAS
Soalan: Bilakah jadual pembayaran ahli TAWAS bermula?
Jawapan:
Ahli TAWAS 2008 - Tahun pembayaran 2026
Ahli TAWAS 2009 - Tahun pembayaran 2027
Ahli TAWAS 2010 - Tahun pembayaran 2028
Ahli TAWAS 2011 - Tahun pembayaran 2029
Ahli TAWAS 2012 - Tahun pembayaran 2030
Ahli TAWAS 2013 - Tahun pembayaran 2031
Ahli TAWAS 2014 - Tahun pembayaran 2032
Ahli TAWAS 2015 - Tahun pembayaran 2033
Ahli TAWAS 2016 - Tahun pembayaran 2034
Ahli TAWAS 2017 - Tahun pembayaran 2035
Ahli TAWAS 2018 - Tahun pembayaran 2036
6. Jadual Tuntutan Ahli TAWAS
Soalan: Bilakah tuntutan ahli TAWAS boleh dilakukan?
Jawapan: Fasa Tuntutan Dibuka Melalui 4 fasa iaitu:
Fasa 1 : Mulai Januari – 14 Mac (tahun semasa) bagi ahli TAWAS lahir bulan Januari - Mac
Fasa 2 : Mulai April – 14 Jun (tahun semasa) bagi ahli TAWAS lahir bulan April - Jun
Fasa 3 : Mulai Julai – 14 September (tahun semasa) bagi ahli TAWAS lahir bulan Julai - September
Fasa 4 : Mulai Oktober – 14 Disember (tahun semasa) bagi ahli TAWAS lahir bulan Oktober - Disember
Nota: Jika tidak membuat permohonan tuntutan dalam fasa ditetapkan, boleh tuntut dalam fasa seterusnya.
Tempoh permohonan tuntutan adalah selama satu (1) tahun dari tarikh hari jadi ke-18 ahli. (Tertakluk kepada terma dan syarat)
7. Jadual Pembayaran Ahli TAWAS Selepas Tuntutan
Soalan: Bilakah pembayaran ahli TAWAS akan dilakukan?
Jawapan:
Fasa 1 : Mulai 15 Mac (tahun semasa) bagi ahli TAWAS lahir bulan Januari - Mac (tahun semasa)
Fasa 2 : Mulai 15 Jun (tahun semasa) bagi ahli TAWAS lahir bulan April - Jun (tahun semasa)
Fasa 3 : Mulai 15 September (tahun semasa) bagi ahli TAWAS lahir bulan Julai - September (tahun semasa)
Fasa 4 : Mulai 15 Disember (tahun semasa) bagi ahli TAWAS lahir bulan Oktober - Disember (tahun semasa)
8. Dokumen Bagi Tuntutan Pembayaran Ahli TAWAS Apabila Berumur 18 Tahun
Soalan: Apakah dokumen yang perlu diberikan bagi membuat tuntutan pembayaran ahli TAWAS?
Jawapan:
1-Salinan MyKad ahli TAWAS (depan & belakang)
2-Salinan penyata bank akaun ahli TAWAS bagi pembayaran EFT; atau
3-Salinan nombor akaun e-wallet ahli TAWAS bagi pembayaran secara e-wallet
9. Makluman Tuntutan Pembayaran Ahli TAWAS Apabila Berumur 18 Tahun
Soalan: Adakah makluman akan diberi kepada ahli TAWAS bagi pembayaran RM 1,500 apabila berumur 18 tahun?
Jawapan:
1-Makluman dimedia sosial YAWAS dan SiManja TAWAS;
2-Hebahan disurat khabar-Media Selangor
3-Hebahan melalui Pusat Khidmat DUN seluruh Negeri Selangor
10. Tuntutan Pembayaran Ahli TAWAS Sekiranya Meninggal Dunia
Soalan: Siapakah yang dibenarkan membuat tuntutan RM 1,500 serkiranya ahli TAWAS telah meninggal dunia?
Jawapan: Hanya Ibu atau bapa atau penjaga yang sah sahaja dibenarkan membuat tuntutan melalui kaedah tuntutan Khairat Kematian TAWAS